Pernahkah anda mendengar istilah
talaqqi dan
musyafahah? Mungkin pernah dan mungkin juga tidak. Sekiranya anda seorang yang pernah atau sedang mendalami ilmu tajwid, mesti anda pernah dengar istilah tersebut.
Pada hari ini, saya ingin berkongsi dengan anda tentang istilah-istilah tersebut Untuk pengetahuan anda yang baru mendengar istilah tersebut, ianya adalah nama bagi suatu kaedah dalam proses pengajaran dan pembelajaran al-َQuran dan tajwid.
Talaqqi ialah suatu kaedah di mana guru akan membaca ayat-ayat al-quran secara tartil yakni dengan bertajwid. Dalam proses ini para pelajar akan mendengar dengan teliti sambil mengikut bacaan guru dengan suara yang perlahan.
Manakala
Musyafahah pula ialah suatu kaedah di mana para pelajar pula akan membaca ayat yang telah dipelajari secara tartil. Dalam proses ini, tugas guru ialah mendengar bacaan pelajar tadi dan akan membetulkan kesalahan bacaan yang dilakukan. Jadi kedua-dua kaedah ini akan menjadikan proses pembelajaran berjalan dengan lancar dan para pelajar dapat memahami apa yang telah dipelajari.
Kalau kita tengok pada zaman sekarang, banyak kaedah digunakan dalam proses belajar al-quran dan tajwid. Contohnya seperti belajar melalui cd, video, pjj dan macam-macam cara lagi. Persoalannya, bolehkah belajar dengan kaedah tersebut dan sejauh mana keberkesanannya kepada para pelajar.
Pandangan saya secara peribadi, tentu saja kita boleh belajar dengan kaedah-kaedah yang saya sebutkan tadi, tapi dari segi keberkesanannya agak terbatas. Mengapa? Kerana para pelajar tidak dapat memastikan samada bacaannya betul atau tidak.Kalau anda melihat kembali kepada sirah kehidupan Rasulullah,baginda sendiri belajar al-quran dari Jibril a.s dengan menggunakan kaedah tersebut. Bagi saya, kaedah
talaqqi dan
musyafahah adalah kaedah yang terbaik. Tapi, pastikan anda belajar dengan guru yang memang ahli dalam ilmu tajwid. Kalau tidak kaedah ini tidak akan memberi apa-apa kesan dalam proses pembelajaran anda.
Jadi, sekiranya anda ingin atau sedang belajar ilmu al-quran dan tajwid, pastikan anda belajar dari guru yang ahli dan menggunakan kaedah-kaedah ini.